Showing posts with label Touring. Show all posts
Showing posts with label Touring. Show all posts

07 May 2011

Henda Kupu-Kupu

setelah berangan-angan nak pakai hendal kupu-kupu akhirnya jadi kenyataan jugak.. ni tak siap lagik.. baru pasang grip.. nak kena balut grip yang sika road pakai tu..

11 March 2011

Mat Gad

salah satu ciri-ciri basikal touring adalah selesa.. jadi untuk rasa selesa bila kayuh di jalan yang basah dan berair.. aku telah memasang matgad.. lepas ni takde lagi air tepercik kat muka dan jugak kaki ku yang berbulu ni pun tidaklah basah..

"operasi pemasangan dilakukan didalam rumah.."


"terpaksa diubah suai sikit kerana kepanjangan tidak mencukupi.."


"tadaaaa... sudah siap.. matgad tu harganya RM11 jer..

16 February 2011

Beg Touring

setelah beberapa kali menalipon.. setelah beberapa bijik kedai disinggah.. semua cakap takde stok.. akhirnya dapat jugak beli beg ni kat gudang UFL kota damansara.. tu pun setelah temu janji dibuat.. syukur.. akhirnya dapat jugak..


ni la rupanya beg touring cap deuter rack pack uni.. harga boleh la poket ni bertahan.. minat punya pasal.. semua sanggup..


saje je test pasang kat beskal.. nak tengok macam mana rupanya.. hahaha... hidup sika touring....

20 January 2011

Kayuh-Kayuh Sekitar Ipoh

"tasik taman jepun..kat ipoh je.."


"jambatan jepun kot.."


"ape benda tah.."


"pintu pagor kat jepun.. macam ni la rupanya kot.."


"perarakan thaipusam sekitar ipoh.."


"berarak lagi.. penuh warna-warni.."


"perak.. kejor yop kejor.. skor yop skor.."


"padang ipoh.. "


"asal usul ipoh dari sini kot.."


"salah satu bangunan bersejarah kat ipoh.."


"tugu peringatan perang.."

26 December 2010

Kayuh Uji Sika Touring

kayuh uji beskal touring telah dilakukan pada hari ni sejauh 40.35km mengambil masa selama 2 jam 1 minit 43 saat. purata kelajuan 19.8km/hr. keputusannya sungguh cemerlang cuma aspek keselesaan je kena ditambah baik..

10 December 2010

Basikal Kembara

"sika touring dah siap.. tunggu masa je nak mengembara.. dekat-dekat dulu kot.."