10 August 2011

Pemulihan Pernafasan DR ABC



D adalah DANGER / BAHAYA
  • Pastikan anda dan mangsa tidak berada dalam keadaan bahaya.
  • Keluarkan mangsa dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah teruk.
R adalah RESPOND / TINDAK BALAS
  • Gerakkan bahu mangsa perlahan-lahan atau tanya soalan seperti "apa yang telah berlaku?".
  • Sekiranya mangsa sedar buat pemeriksaan untuk pastikan tiada kecederaan lain.
  • Sekiranya mangsa tidak sedar buka saluran udara dan periksa nadi.
  • Minta bantuan dengan segera.
A adalah AIRWAY / SALUR UDARA
  • Condongkan kepala mangsa dan angkat dagunya untuk membuka salur udara.
  • tindakan ini akan mengangkat lidah mangsa dari belakang supaya salur udara tidak terhalang.
B adalah BREATHING / PERNAFASAN
  • Sekiranya mangsa tidak bernafas, "Pernafasan Bantuan" perlu dilakukan dengan menghembuskan nafas anda ke dalam paru-paru mangsa.
C adalah CIRCULATION / PEREDARAN DARAH
  • Sekiranya jantung mangsa terhenti "Pemampatan Dada" hendaklah dilakukan untuk memaksa darah beredar menerusi jantung keseluruh badan.

No comments: