Showing posts with label Pertolongan Cemas. Show all posts
Showing posts with label Pertolongan Cemas. Show all posts

10 August 2011

Pemulihan Pernafasan DR ABC



D adalah DANGER / BAHAYA
  • Pastikan anda dan mangsa tidak berada dalam keadaan bahaya.
  • Keluarkan mangsa dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan menjadi bertambah teruk.
R adalah RESPOND / TINDAK BALAS
  • Gerakkan bahu mangsa perlahan-lahan atau tanya soalan seperti "apa yang telah berlaku?".
  • Sekiranya mangsa sedar buat pemeriksaan untuk pastikan tiada kecederaan lain.
  • Sekiranya mangsa tidak sedar buka saluran udara dan periksa nadi.
  • Minta bantuan dengan segera.
A adalah AIRWAY / SALUR UDARA
  • Condongkan kepala mangsa dan angkat dagunya untuk membuka salur udara.
  • tindakan ini akan mengangkat lidah mangsa dari belakang supaya salur udara tidak terhalang.
B adalah BREATHING / PERNAFASAN
  • Sekiranya mangsa tidak bernafas, "Pernafasan Bantuan" perlu dilakukan dengan menghembuskan nafas anda ke dalam paru-paru mangsa.
C adalah CIRCULATION / PEREDARAN DARAH
  • Sekiranya jantung mangsa terhenti "Pemampatan Dada" hendaklah dilakukan untuk memaksa darah beredar menerusi jantung keseluruh badan.

Apa itu Pertolongan Cemas?

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. (dipetik dari Wikipedia).

Dalam posting yang akan datang awok akan terangkan serba sedikit teknik first aid yang mungkin berguna semasa kita berbasika. dan yang paling penting sekali teknik CPR yang betul.