06 October 2010

Keirin-SukaDuka

"the pocket rocketman melintasi garisan penamat dengan penuh gaya"

petang tadi skuad basikal malaysia mengutip satu lagi pingat emas dalam acara keirin. tempat pertama dapat kat azizulhasni awang. nombor dua pulak josiah ng. nombor tiga orang putih dari negara mr bean. kiranya kemenangan 1, 2 la ni...

"azizul mencilok ditengah-tengah pelumba orang putih"

ingatkan panas tak boleh kayuh rupanya hujan lebat pun tak boleh kayuh.. kemenangan azizul telah dibatalkan pulak. beliau telah dipersalahkan oleh encik juri kerana memotong dari dalam dan ada la tergesel sikit orang putih dari new zealand tu. sebab tu kot batal. jadi tak dapat la emas masuk dalam poket thepocketrocketman.

tim malaysia ada jugak membuat bantahan tapi sehingga cerita ni ditulis takde apa-apa maklumat lagi pasal rayuan tu. apa pun malaysia tetap dapat emas..dari josiah ng..

emas - josiah ng
perak - england
gangsa - new zealand

No comments: